Pages

28 October 2011

Soto Ayam


SOTO AYAM.

 BAHAN-BAHAN : (untuk kuah soto)
 - Sup bunjut
 - Rempah sup
 - Beberapa biji buah pelaga
 - 1 inci halia (ditumbuk pecah2)
 - 10 biji bawang merah (ditumbuk halus)
 - 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

CARA MEMBUAT:
 - Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus serta halia.
 - Masukkan pula air rebusan ayam.Kemudian masukkan sup bunjut, rempah sup dan buah pelaga.
 - Masak sehingga mendidih.

BAHAN BEGEDIL KENTANG :
 - 1 kg kentang (direbus dan ditumbuk)
 - daging / ayam (direbus)
 - Sedikit daun sup
 - Bawang goreng
 - 1 biji telur
 - Garam secukup rasa

 CARA MEMBUAT :
 - Daging/ayam yang sudah direbus tadi dicincang halus.
 - Gaulkan semua bahan tadi.
 - Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.
 - Pukul 1 biji telur.
 - Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur
 - Goreng hingga garing.

CADANGAN HIDANGAN :
 - Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun dan suhun goreng.
 - Lebih menarik selera jika dihidangkan dengan 
   tauge, bawang goreng, daun sup, begedil  ayam dan ayam yang disiat kecil. 
  (ayam rebusan tadi::boleh juga ayam tersebut digoreng dahulu kemudian barulah disiat kecil)
 - Sambal Kicap




20 October 2011

Keaw Teaw Goreng

Ada suatu hari tu time hari weekend, duk kat rumah sorang2 suami keje, terasa lapar sangat2. So, saya pun p la kt dapur nk tgk bahan ape yg ada untuk dimasak. Tengok dalam peti ais ade keaw teaw, bebola ikan, taugeh, cili kering yg dah diblender dan telur. Huhuhu. Disebabkan lapar punya pasal, saya pon masak je la ape yg ada. Dan inilah hasil yg saya masak..

Ok tak hasilnya? Segan pula nk masukkan dalam blog ni sebabnye suram2 je hasil memasak keaw teaw goreng ni. :) Walau simple dan rasa lapar time tu, memang licin la saya bedal. Layankan jerrr....

17 October 2011

Ikan Kembung Masak Taucu

Ikan kembung masak taucu ni salah satu makanan kegemaran saya. Banyak juga masakan yang saya buat terlepas nak snap gambonyer. Saya suka masak yg simple2 jer. Huhuhu. Rasanya ramai kot yg tahu resepi masak taucu ni. :) Ape2 pon nanti saya update resepinya yer. Sebab hari ni rasa mcm x sihat. Sakit kepala. Gambar pon x banyak..

Update : 21 Oktober 2011 (Jumaat)

Bahan-bahan (untuk dua org makan ;p) :-

- Ikan kembung 2 ekor
- Perencah taucu opah
- Cili padi (kuantitinya ikut suka la ye nak byk mana)
- 2 biji bawang merah
- Seulas bawang putih
- Tomato sebiji
- Beberapa hirisan halia

Cara2 memasak :-

- Mula2, saya goreng dahulu ikan, kemudian bawang merah, bawang putih & cili padi saya tumbuk bersama.
- Tumis bahan yang telah ditumbuk dan halia yg dihiris halus tadi hingga naik bau.
- Masukkan perencah taucu dan biarkan seketika untuk sebati dengan bahan2 yg ditumis tadi.
- Masukkan sedikt air agar ia berkuah. Kemudian masukkan ikan kembung yg telah digoreng.
- Akhir sekali masukkan tomato dan kemudiannya bolehlah dihidanguntuk makan dengan nasi panas.

13 October 2011

Create Blog

Dulu, saya tak minat nak buat blog, apetah lagi nak baca blog orang pon saya yak minat. Tetapi blog ni ada mcm2 kategori, dan yg pling saya tertarik untuk buat blog ialah saya suka lihat blog2 masakan. Saya ni malas gak memasak, tapi akhir2 ni minat pula mencuba resepi hasil dari blog yang saya telah lihat.


Saya create blog ni pon sebab nak share masakan yg saya buat. Tapi tulah kan, saya tiada masa nk update blog. Seronok juga ade blog ni, boleh kongsi resepi kt sesiapa yg minat memasak. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...