Pages

27 November 2011

Nasi Ayam

Hari ni Mawar berjaya juga masak nasi ayam. Suke sangat2. Menjadi! Hehehe. Cuma nasi je terkurang garam. Huhuhu. Buat sorang2 je. Tapi bab potong2 ayam, Mawar minta tolong kat mak Mawar potongkan. Hahahha. Masa g pasar, terlupa nak suruh pakcik tu potong siap2. Takdelah susah mana pon masak nasi ayam ni. Senang gak. Tapi ambil masa juga lah kan. Nak masak nasinya, sambalnye, supnye lah, nak perap ayam lah, mcm2 lah..Tapi ape2 pon Mawar happy laksanakan hajat nk masak menu ni. Ngeee~~~~

Nak tengok hasilnya?? Jom kite layan gambo di bawah nie... Kikikiki ;p























Nasi Ayam

Sumber : My Resepi (www.myresepi.com)
Olahan  : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan:-

Untuk Rebus
- 1 ekor ayam dipotong ikut citarasa sendiri ( tak potong pon boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia [diketuk]

Untuk Perap
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit kicap cair
- 2 ulas bawang putih
- 1 cm halia

Untuk Nasi
- 5 cwn beras
- 3 sudu besar mentega {Mawar letak 2 sudu je}
- Bunga Lawang {Mawar tambah}
- Kulit kayu manis {Mawar tambah}
- 3 ulas bawang putih [ditumbuk]
- 1cm halia [ditumbuk]
- Serbuk kunyit sedikit {Mawar tambah}
- Air rebusan ayam secukupnya
- Garam

Untuk Sos @ Sambalnya
- 5 cili besar merah {Mawar guna10 biji}
- 2 sudu besar cili kering yg telah diblender {Mawar tambah}
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 1 sudu teh cuka
- Gula
- Garam
- Air

Untuk Sup
- Lebihan air rebusan ayam
- Rempah sup yg dah siap
- Garam
- Daun sup
- Bawang goreng {Mawar tambah}

Cara-caranya :-

1. Bersihkan ayam yg telah dipotong2 dan dilumur dengan bawang putih dan halia yg telah ditumbuk. Rebus hingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan2 untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan mentega, tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang hingga naik bau. Masukkan beras, dan air rebusan ayam secukupnya dan juga garam secukup rasa. Msak nasi seperti biasa.
4. Untuk sos atau sambalnya, blendkan semua bahan di atas.Boleh ditambah sos cili atau sos tomato jika suka. Kemudian dimasak bahan2 yg telah diblender.
5. Untuk Sup, tumis rencah sup yg telah siap, kemudian masukkan lebihan air rebusan ayam, rempah sup, garam dan daun sup. Akhir sekali masukkan bawang goreng.
6. Nasi ayam bolh dimakan atau dihidangkan juga dengan salad, timun serta tomato. SELAMAT MENCUBA! :)
























Pukul 1.30 petang baru siap masak. Sampai menggigil2 kelaparan, x makan ape pon dari pagi. Balik je dari pasar terus sediakan bahan2 untuk masak nasi ayam. Memang sedaplah! Kekekekeke~~~~~

24 November 2011

Update Design Blog

Hari ni kerja saya ialah duk layan dan buang masa serta sakitkan kepala mengupdate backgroud blog ni. Macam rimas pula dengan template2 yang digunakan sebelum ni. Buat yg simple2 sudah. Sebabnya org yg melawat blog nak tgk isi dalamnya je. :-)


Yang simple tu la sebenarnya yg akan buat kelihatan lebih menarik. Chewahh.. Nak update benda2 semua ni memang mengambil juga masa yg lama sampai naik pening kepala ni.. ;p Ape2 pun layankan je lah ye.


Weekend ni dapat cuti 3 hari sebab awal muharram jatuh hari ahad. So, isnin dapat cuti. Disebabkan ada cuti yg mcm ni, bolehlah nak ambil mood untuk masak2 lagi.. ngeeee~~~


Lately memang x tau nk masak menu apa. Time cuti weekend la pun dapat masak best2. Mawar plan nak cuba masak nasi ayam. Tak pernah cuba lagi dalam seumur hidup ni. Puncanya ialah sbb x berapa pandai nk masak. Dalam kepala otak ni mmg banyak menu2 yg teringin nk cuba tapi masa lah pulak jadi penghalang. Huhuhu.



19 November 2011

Ikan Kembung Masak Sambal

Semalam Mawar masak simple je. My Hubby belikan ikan kembung untuk masak lunch, so pikir punya pikir, Mawar suka masak ikan kembung masak sambal. Sebab senang, mudah dan bahan2nya pon anytime ade je kt dapur. ;p. Ni hasil masakan yg Mawar masak.
Actually semalam memang takde mood nak masak. So masak yg ni je la. Asalnya nak cuba resepi daging yg member office Mawar berikan pada hari rabu lepas kalau x silap. Tu la payahnya kalau mood MALAS masak sukar di atasi. Ngeee~~~ Resepi menu ni, nanti2lah Mawar update ya. Nak update blog ni sebenarnya ambil masa juga ya. Nak edit gambo la, nak karang resepi, ishh macam2 la. Ape2 pon Mawar makin suka dengan blog. Love it!!! 

Ikan Kembung Masak Sambal
Sumber : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan (untuk 2 atau 3 orang makan) :-
- Ikan kembung 4 ekor
- 4 ulas bawang merah {ditumbuk}
- 1 ulas bawang putih {ditumbuk}
- Setangkai daun kari
- Kulit kayu manis, bunga lawang
- Cili kering yg telah diblender
- Air asam jawa / asam keping
- Serai {ditumbuk pecah2}
- Garam secukup rasa

Cara-caranya :-
- Goreng ikan kembung garing2. Kemudian angkat.
- Tumiskan bawang yg telah ditumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, serai, daun kari hingga naik bau.
- Masukkan cili kering yg diblender, masukkan sedikit air.
- Masukkan air asam jawa/ asam keping, dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan kembung. Siap! :-)




15 November 2011

Mee Goreng

Mee Goreng

Bahan-bahan :-

- Sebungkus mee kuning
- 6 ulas bawang merah { ditumbuk }
- 2 ulas bawang putih { ditumbuk }
- Sayur sawi
- Cili kering yg telah diblender
- Kicap mee
- Sos cili
- Sos tiram
- Fishcake
- Ayam { dipotong kecil }
- 3 cawan air panas
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
- Cili besar merah { untuk hiasan }

Cara-caranya :-

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk hingga naik bau. Bila dh nampak mcm kuning2, masukkan cili kering yg telah diblender dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili, sostiram dan kicap mee serta digaul rata atau sebati.
3. Kemudian masukkan fishcake dan ayam dan biarkan sampai masak dagingnya.
4. Masukkan pula sayur sawi dan biarkan seketika.
5. Masukkan telur. Gaulkan rata. Kemudian barulah masukkan mee kuning. Sekiranya ingin nampak mcm basah2 sikit boleh lah letakkan 3 cawan air panas.
6. Last sekali hiaskan dengan hirisan cili besar merah. ** nak tambah daun sup pon boleh juga. Ikut pada kreativiti masing2. :)

Saya masak mee ni masa cuti weekend tadi. Teringin pula nak makan mee time petang2. Alhamdulillah jadi macam mak masak. Adik2 pon suka. Tengah panas2 memang sedap untuk dimakan ditambah pula dengan perahan limau kasturi. Akhir2 ni terajin pula nak masak. Selalunya ikut mood. Ngeee~~~~

Banyak juga blog2 masakan yg saya jenguk mencari resepi2 yg mudah. Macam2 resepi ada. Rajin betul  mereka memasak. Banyak lagi nk belajar. Belajar dengan mak la best sebabnya air tangan mak ni selalunya mmg rasa sedap walau masak simple pon rasa sedap.

Saya kalau nk masak, memilih juga. Selalunya masak makanan yg saya minat je. tapi mak kata mana boleh mcm tu, kene la belajar lebih lagi menu. Insyaallah. Dalam usaha untuk perbaiki mutu masakanku. :p

14 November 2011

Nasi Goreng Daging

Nasi Goreng Daging


Bahan-bahan :-
- 4 cawan nasi
- 3 ulas bawang merah {ditumbuk}
- 1 ulas bawang putih {ditumbuk}
- Daging {potong nipis}
- Cili kering {diblender}
- Sayur kubis {dipotong sederhana halus}
- Fishcake
- Garam secukup rasa


Cara-cara memasak :-
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering yg telah diblender. Biarkan seketika hingga pecah minyak.
- Masukkan pula daging yg telah dihiris dan tumis hingga empuk.
- Kemudian masukkan fishcake dan juga sayur kubis. Masukkan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan nasi putih dan gaul hingga rata. Dan selepas itu bolehlah dihidang panas2.




* Alhamdulillah. Suami suka masakan saya ini dan beliau makan smpai habis. :-) Daging saya kelihatan hitam sebabnya daging tersebut hasil masak kicap. Ada lebih dan sayang nak buang, jadi saya masakla nasi goreng dan ini lah hasilnya. Memang enak.



11 November 2011

Sup Ayam

 

Sup Ayam

Bahan-bahan :-

ayam
perencah sup
3 ulas bwg merah {ditumbuk}
1 ulas bwg putih {ditumbuk}
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 bj kentang
garam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-caranya :-

Tumiskan bawang yg telah ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan perencah sup. Masukkan ayam. Tambah air. Dan biarkan sekejap hingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan kentang. Bila ayam n kentang dah empuk bolehlah letakkan garam secukup rasa.
Dah siap tutup api. Masukkan daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang.


Ayam Masak Kicap Bersambal

Bahan-bahan :-

- 8 atau 10 ketul ayam {dipotong saiz sederhana}
- 4 atau 5 ulas bawang merah 
- 1 ulas bawang putih
- halia
- kulit kayu manis
- bunga lawang
- daun kari
- serai 
- serbuk kunyit
- garam
- ciling kering {yg dah diblender}
- kicap cap kipas udang 
- sos tiram

Cara-caranya :-

- ayam digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian digoreng separuh masak. kemudian angkat dan ketepikan.
- bawang merah, bawang putih dan serai diblender dahulu. tumiskan bahan yang telah diblender tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari dan halia hingga naik bau.
- kemudian, masukkan pula cili kering yg telah diblender. sebatikan ia. kemudian, masukkan pula kicap dan sos tiram.
- masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak tadi dan gaul rata. sekiranya tak nak kering sgt, masukkan sedikit air agar nampak seperti lecah2 sedikit.
- sangat sedap dimakan bersama nasi yg panas2.


   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...