Pages

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

02 January 2012

Tomyam Ayam

Ahad lepas mawar masak tomyam ayam dan ikan siakap 3 rasa. Masak tomyam ni mmg kegemaran mawar sebabnya senang je kan...Hehehehe. Campak2 je gitu. Cewah! Hari ni baru lah sibuk nak post resepi tomyam ni. Tomyam kalau dimakan dengan telur dadar, perghhh mmg licin la & bertambah2 nasinya. ;p




Tomyam Ayam
Sumber : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • pes tom yam (mawar guna pes tomyam yg packet punye)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya) - mawar ganti dengan asam keping
  • garam 
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato, carrot)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, asam keping dan garam secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan smpai masak / lembut. Matikan api.
  6. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.
Resepi2 yg mawar bagi ni mawar copy & paste je mana yg lebih kurang resepi mcm mawar guna kan. Sebabnya bila nk taip balik, ingat2 lupa resepinya. Lagi satu mawar x reti la nak bgtau sukatan2nya. Hahahaha. Ikut dan & agak2 je bila masak kt rumah. Resepi2 yg mcm ni xpe la kan main agak2, tapi kalau mcm kek ke, yg manis2 x leh la main ikut suke.. Ngeeee~~~ Nanti x sedap pula.


Adeh perut rasa lapar pula time tengah update resepi tom yam ni.. Kecur liur dibuatnya. Makan panas2 sedap tuuu.. Saya pantang klu nampak tomyam ni, laju je bedal. ;p Selamat mencuba ye!!

27 November 2011

Nasi Ayam

Hari ni Mawar berjaya juga masak nasi ayam. Suke sangat2. Menjadi! Hehehe. Cuma nasi je terkurang garam. Huhuhu. Buat sorang2 je. Tapi bab potong2 ayam, Mawar minta tolong kat mak Mawar potongkan. Hahahha. Masa g pasar, terlupa nak suruh pakcik tu potong siap2. Takdelah susah mana pon masak nasi ayam ni. Senang gak. Tapi ambil masa juga lah kan. Nak masak nasinya, sambalnye, supnye lah, nak perap ayam lah, mcm2 lah..Tapi ape2 pon Mawar happy laksanakan hajat nk masak menu ni. Ngeee~~~~

Nak tengok hasilnya?? Jom kite layan gambo di bawah nie... Kikikiki ;p























Nasi Ayam

Sumber : My Resepi (www.myresepi.com)
Olahan  : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan:-

Untuk Rebus
- 1 ekor ayam dipotong ikut citarasa sendiri ( tak potong pon boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia [diketuk]

Untuk Perap
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit kicap cair
- 2 ulas bawang putih
- 1 cm halia

Untuk Nasi
- 5 cwn beras
- 3 sudu besar mentega {Mawar letak 2 sudu je}
- Bunga Lawang {Mawar tambah}
- Kulit kayu manis {Mawar tambah}
- 3 ulas bawang putih [ditumbuk]
- 1cm halia [ditumbuk]
- Serbuk kunyit sedikit {Mawar tambah}
- Air rebusan ayam secukupnya
- Garam

Untuk Sos @ Sambalnya
- 5 cili besar merah {Mawar guna10 biji}
- 2 sudu besar cili kering yg telah diblender {Mawar tambah}
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 1 sudu teh cuka
- Gula
- Garam
- Air

Untuk Sup
- Lebihan air rebusan ayam
- Rempah sup yg dah siap
- Garam
- Daun sup
- Bawang goreng {Mawar tambah}

Cara-caranya :-

1. Bersihkan ayam yg telah dipotong2 dan dilumur dengan bawang putih dan halia yg telah ditumbuk. Rebus hingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan2 untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan mentega, tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang hingga naik bau. Masukkan beras, dan air rebusan ayam secukupnya dan juga garam secukup rasa. Msak nasi seperti biasa.
4. Untuk sos atau sambalnya, blendkan semua bahan di atas.Boleh ditambah sos cili atau sos tomato jika suka. Kemudian dimasak bahan2 yg telah diblender.
5. Untuk Sup, tumis rencah sup yg telah siap, kemudian masukkan lebihan air rebusan ayam, rempah sup, garam dan daun sup. Akhir sekali masukkan bawang goreng.
6. Nasi ayam bolh dimakan atau dihidangkan juga dengan salad, timun serta tomato. SELAMAT MENCUBA! :)
























Pukul 1.30 petang baru siap masak. Sampai menggigil2 kelaparan, x makan ape pon dari pagi. Balik je dari pasar terus sediakan bahan2 untuk masak nasi ayam. Memang sedaplah! Kekekekeke~~~~~

11 November 2011

Sup Ayam

 

Sup Ayam

Bahan-bahan :-

ayam
perencah sup
3 ulas bwg merah {ditumbuk}
1 ulas bwg putih {ditumbuk}
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 bj kentang
garam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-caranya :-

Tumiskan bawang yg telah ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan perencah sup. Masukkan ayam. Tambah air. Dan biarkan sekejap hingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan kentang. Bila ayam n kentang dah empuk bolehlah letakkan garam secukup rasa.
Dah siap tutup api. Masukkan daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang.


Ayam Masak Kicap Bersambal

Bahan-bahan :-

- 8 atau 10 ketul ayam {dipotong saiz sederhana}
- 4 atau 5 ulas bawang merah 
- 1 ulas bawang putih
- halia
- kulit kayu manis
- bunga lawang
- daun kari
- serai 
- serbuk kunyit
- garam
- ciling kering {yg dah diblender}
- kicap cap kipas udang 
- sos tiram

Cara-caranya :-

- ayam digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian digoreng separuh masak. kemudian angkat dan ketepikan.
- bawang merah, bawang putih dan serai diblender dahulu. tumiskan bahan yang telah diblender tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari dan halia hingga naik bau.
- kemudian, masukkan pula cili kering yg telah diblender. sebatikan ia. kemudian, masukkan pula kicap dan sos tiram.
- masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak tadi dan gaul rata. sekiranya tak nak kering sgt, masukkan sedikit air agar nampak seperti lecah2 sedikit.
- sangat sedap dimakan bersama nasi yg panas2.


   

28 October 2011

Soto Ayam


SOTO AYAM.

 BAHAN-BAHAN : (untuk kuah soto)
 - Sup bunjut
 - Rempah sup
 - Beberapa biji buah pelaga
 - 1 inci halia (ditumbuk pecah2)
 - 10 biji bawang merah (ditumbuk halus)
 - 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

CARA MEMBUAT:
 - Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus serta halia.
 - Masukkan pula air rebusan ayam.Kemudian masukkan sup bunjut, rempah sup dan buah pelaga.
 - Masak sehingga mendidih.

BAHAN BEGEDIL KENTANG :
 - 1 kg kentang (direbus dan ditumbuk)
 - daging / ayam (direbus)
 - Sedikit daun sup
 - Bawang goreng
 - 1 biji telur
 - Garam secukup rasa

 CARA MEMBUAT :
 - Daging/ayam yang sudah direbus tadi dicincang halus.
 - Gaulkan semua bahan tadi.
 - Kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian.
 - Pukul 1 biji telur.
 - Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelupkan dalam telur
 - Goreng hingga garing.

CADANGAN HIDANGAN :
 - Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun dan suhun goreng.
 - Lebih menarik selera jika dihidangkan dengan 
   tauge, bawang goreng, daun sup, begedil  ayam dan ayam yang disiat kecil. 
  (ayam rebusan tadi::boleh juga ayam tersebut digoreng dahulu kemudian barulah disiat kecil)
 - Sambal Kicap




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...