Ikan kembung masak taucu ni salah satu makanan kegemaran saya. Banyak juga masakan yang saya buat terlepas nak snap gambonyer. Saya suka masak yg simple2 jer. Huhuhu. Rasanya ramai kot yg tahu resepi masak taucu ni. :) Ape2 pon nanti saya update resepinya yer. Sebab hari ni rasa mcm x sihat. Sakit kepala. Gambar pon x banyak..
Update : 21 Oktober 2011 (Jumaat)
Bahan-bahan (untuk dua org makan ;p) :-
- Ikan kembung 2 ekor
- Perencah taucu opah
- Cili padi (kuantitinya ikut suka la ye nak byk mana)
- 2 biji bawang merah
- Seulas bawang putih
- Tomato sebiji
- Beberapa hirisan halia
Cara2 memasak :-
- Mula2, saya goreng dahulu ikan, kemudian bawang merah, bawang putih & cili padi saya tumbuk bersama.
- Tumis bahan yang telah ditumbuk dan halia yg dihiris halus tadi hingga naik bau.
- Masukkan perencah taucu dan biarkan seketika untuk sebati dengan bahan2 yg ditumis tadi.
- Masukkan sedikt air agar ia berkuah. Kemudian masukkan ikan kembung yg telah digoreng.
- Akhir sekali masukkan tomato dan kemudiannya bolehlah dihidanguntuk makan dengan nasi panas.
No comments:
Post a Comment