Pages

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

08 January 2012

Asam Pedas Muar

Assalamualaikum & Selamat Tengahari wahai semua rakan2 blog sekalian. Semoga hari Isnin ni, membuatkan anda ceria2 ye. :-)


Sabtu lepas menu yg mawar sediakan ialah Asam Pedas Muar. Alhamdulillah, menjadi.. hikhikhik ;p Mawar tengok resepi dalam Majalah Mingguan Wanita (Resepi yg datang dari Johor). MAnalah x tergugat nafsu makan ni bila nmpak asam pedas kan. Mmg menggiurkan je. Dari beli kt kedai better try masak kt rumah. Lagipun resepi dh tersedia ada. Cuma tinggal nk cari bahan2nya je. :)


Pagi Sabtu tu, mawar mintak tolong suami yg pergi ke pasar cari bahan2 nk masak asam pedas ni. Nak jugak ikan pari, tapi xde..Susahnya nk cari ikan pari. Lastly, En. Husband belikan ikan tenggiri. Ikan tenggiri pun ikan tenggirilah kan...kekekekeke. lagipun dalam resepi tu die kata boleh guna ikan tenggiri atau ikan pari.


Sedap sangat dimakan dengan nasi yg masih panas2 lagi tau. Mawar x makan ikan tenggir tu. Makan ambil kuahnya ja buh kat nasi banjir2 makan ngn ikan masin. Bertambah2 makannya. Hehehehhe.. Resepinya nanti mawar update. Kite layan dulu gambonye ye. Asam pedas ni tercair sikit, sbb terlajak buh air byk. Hahahaha..
                                                              
Asam Pedas Muar
Sumber : Majalah Mingguan Wanita (Hidangan Popular Johor)

Bahan-Bahan :
1 ekor ikan tengiiri atau pari
10 biji bawang putih - Dihiris (Bawang putih mawar kurangkan sbb x suke bwg putih byk2)
5 biji bawang merah - Dihiris
1/2 inci belacan
3 biji kunyit hidup
300 gm cili kering dikisar
1/2 mangkuk asam jawa
Sedikit daun kesum
Sedikit sayur bendi

Cara-Caranya:
1. Tumis hirisan bawang putih & bawang merah sampai naik bau. kemudian, masukkan bahan2 kisar dan cili kering kisar lalu kacau sampai naik minyak.
2. Setelah itu, masukkan air asam jawa dan kacau lagi seketika. kemudian, tambahkan satu jag air.
3. Setelah mendidih, masukkan daun kesum, garam secukupnya.
4. Akhir sekali, masukkan ikan dan bendi.

02 January 2012

Ikan Siakap 3 Rasa

Baru2 ni ade beli majalah Mingguan Wanita, belek punye belek ade resepi ikan siakap ni. Kecur liur dibuatnya. So, hari Sabtu lepas En. Husband pun g beli ikan siakap sbb dh lama benar x makan ikan besaq2. Hahahaha.

Nanti saya update resepi ikan siakap ni ye. Tapi saya x ikut sgt majalah tu, sbbnya ade bahan yg saya x suke saya x buh. Ape2 pun rasa 3 rasa tu mmg ade le.. En. Husband suka. Dia makan banyak. Ngeeeee~~~~~ X cukup sekor kene beli lebih lepas ni. Tambah kalau dapat meratah kan...

Ni lah hasilnya ikan siakap yg saya masak weekend tadi. Jom kite layan gambonye je ye.. Kikikiki ;p
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Sumber : Majalah Mingguan Wanita


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 keping nenas - mawar x letak pun
8 tangkai cili padi - dihiris
1 biji tomato - dipotong dadu
Sos cili
1 sudu cili boh - mawar x letak sebab xde..hehehehe ;p
1 sudu sambal belacan - mawar x letak pun
2 sudu sos tiram
1/2 sudu air limau nipis
1 sudu sos tomyam - mawar x letak
Garam, gula secukup rasa


Cara-cara :
-Goreng garing ikan siakap, lalu diketepikan bila dh masak
-Panaskan 1/2 senduk minyak di dlm periuk & masukkan bahan2 dipotong dadu
-Apabila sudah naik bau, masukkan sos cili, cili boh, sos tiramair limau nipis, garam, dan gula secukup rasa
-Biarkan masak 10 minit
-Kuah telah siap tuangkan di atas ikan yg telah digoreng garing sebelum ini.

25 December 2011

Ikan Keli Bakar

Baru2 ni teringin sangat nak mamam ikan keli bakar. Da bosan asyik wat masak bersambal je kan.hikhikhik ;p Tapi masak gulai lemak cili padi pon sodaapppp... Memandangkan malas& teringin yang dibakar2,maka ikan keli tu saya bakar. Memang sedap kalau ikan jenis bakar2 ni, lpas u dapat lak dicicah dengan air asam. Memang power habis laaaaa... huhuhuhu..


Resepi ikan keli bakar ni saya buat simple2 je..X tengok mana2 resepi pon.. Main belasah je.. Jom kita layan resepi ikan keli bakar saya yg x seberapa hebat ni.... ;p


**Saya bakar ikan ni atas dapur je sbb malas punya pasal nk bakar atas bara api.. kekekekke ;p Tapi paling best n paling sedap bila betul2 bakar atasbara api laa... Baru terlebih syioknye masa makannya nanti.. Depends pada memasing punya kerajinan la ye...huhuhu


Ikan Keli Bakar
Sumber : Dunia MasakanKU


Bahan-Bahannya :-
Ikan keli, Bawang merah, bawang putih, lada hitam, serbuk kari, serbuk kunyit, garam, daun pisang.


Cara-caranya :-
Bawang merah, bawang putih, dan lada hitam perlulah ditumbuk terlebih dahulu untuk diperap bersama ikan keli yg telah dibersihkan. Selepas tu lumurkan bahan yg telah siap ditumbuk pada ikan keli bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan garam secukup rasa. Perapkan selama 15min atau 30min.  Kemudian ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak masak atas permukaan daun tersebut agar ikan tadi tidak melekat. Lepas tu masakla atas api dapur ya... :)


Hehehehehe...Ni la rupenye hasil ikan keli yg dibakar atas api dapur ye puan2 sekalian.. Air asam terlupa pula nk snap gambonye. Xpe la, rasanya semua tau buat air asam kan. ;)


Itu je lah kot yg nak ditulis. Xde idea sangat pun nak cerita ape2 yg best. Huhuhuhu. Selamat mencuba ya ;p

06 December 2011

Ikan Talapia Masak Masam Manis Versiku Sendiri :-)

Bahan-Bahan :-
-2 ekor ikan talapia 
-Serbuk kunyit
-Garam
-Daun limau purut (dihiris halus)
-Bawang besar (untuk hiasan)
-4 ulas bawang merah (diblender)
-2 ulas bawang putih (diblender)
-Serai (diblender)
-Sos tiram, Sos tomato, Sos Cili
-Cili kering yg diblender
-Sebiji tomato (dipotong kecil atau dadu)
-Sedikit gula
-Air asam jawa


Cara-Caranya:-
Mula-mula goreng ikan talapia tu sampai garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
Tumiskan bawang dan serai yg diblender hingga naik bau. Masukkan pula cili kering yg telah diblender.
Kemudian, diikuti pula sos tiram, tomato & cili. Masukkan garam secukup rasa & gula sedikit, kemudian air asam jawa sikit.
Selepas tu masukkan ikan yg dah digoreng tu gaul bg sebati. Last sekali taburkan hirisan bawang besar dan hirisan daun limau purut.


*kalau nk lagi sedap, boleh buh nenas, cili benggala hijau dipotong dadu. 
Barulah nampak meriah kan..hehehhehe..ni pon masak ikut suke n masak ikut ape yg ade bahan2
di dapur...kikikiki...
Maaflah ye, gambo2nye nampak comot sebab snap picture masa makanan ni tengah duk dalam kuali lagi. Ngeeee~~~


* Oh ya, kalau xnak potong ikan ni pon xpe, lagi ok.. Macam kt kedai makan kan masak sekor besaq tuu.. Goreng kasi garing2, lpas tu tuangkan kuah atau sambal ikan tu.. Sedaaapppp...Kalau nak bg wangi, buh daun sup pon ok..

19 November 2011

Ikan Kembung Masak Sambal

Semalam Mawar masak simple je. My Hubby belikan ikan kembung untuk masak lunch, so pikir punya pikir, Mawar suka masak ikan kembung masak sambal. Sebab senang, mudah dan bahan2nya pon anytime ade je kt dapur. ;p. Ni hasil masakan yg Mawar masak.
Actually semalam memang takde mood nak masak. So masak yg ni je la. Asalnya nak cuba resepi daging yg member office Mawar berikan pada hari rabu lepas kalau x silap. Tu la payahnya kalau mood MALAS masak sukar di atasi. Ngeee~~~ Resepi menu ni, nanti2lah Mawar update ya. Nak update blog ni sebenarnya ambil masa juga ya. Nak edit gambo la, nak karang resepi, ishh macam2 la. Ape2 pon Mawar makin suka dengan blog. Love it!!! 

Ikan Kembung Masak Sambal
Sumber : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan (untuk 2 atau 3 orang makan) :-
- Ikan kembung 4 ekor
- 4 ulas bawang merah {ditumbuk}
- 1 ulas bawang putih {ditumbuk}
- Setangkai daun kari
- Kulit kayu manis, bunga lawang
- Cili kering yg telah diblender
- Air asam jawa / asam keping
- Serai {ditumbuk pecah2}
- Garam secukup rasa

Cara-caranya :-
- Goreng ikan kembung garing2. Kemudian angkat.
- Tumiskan bawang yg telah ditumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, serai, daun kari hingga naik bau.
- Masukkan cili kering yg diblender, masukkan sedikit air.
- Masukkan air asam jawa/ asam keping, dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan kembung. Siap! :-)




17 October 2011

Ikan Kembung Masak Taucu

Ikan kembung masak taucu ni salah satu makanan kegemaran saya. Banyak juga masakan yang saya buat terlepas nak snap gambonyer. Saya suka masak yg simple2 jer. Huhuhu. Rasanya ramai kot yg tahu resepi masak taucu ni. :) Ape2 pon nanti saya update resepinya yer. Sebab hari ni rasa mcm x sihat. Sakit kepala. Gambar pon x banyak..

Update : 21 Oktober 2011 (Jumaat)

Bahan-bahan (untuk dua org makan ;p) :-

- Ikan kembung 2 ekor
- Perencah taucu opah
- Cili padi (kuantitinya ikut suka la ye nak byk mana)
- 2 biji bawang merah
- Seulas bawang putih
- Tomato sebiji
- Beberapa hirisan halia

Cara2 memasak :-

- Mula2, saya goreng dahulu ikan, kemudian bawang merah, bawang putih & cili padi saya tumbuk bersama.
- Tumis bahan yang telah ditumbuk dan halia yg dihiris halus tadi hingga naik bau.
- Masukkan perencah taucu dan biarkan seketika untuk sebati dengan bahan2 yg ditumis tadi.
- Masukkan sedikt air agar ia berkuah. Kemudian masukkan ikan kembung yg telah digoreng.
- Akhir sekali masukkan tomato dan kemudiannya bolehlah dihidanguntuk makan dengan nasi panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...