Pages

26 January 2012

~~My Little Kitten “Boboi” Dalam Kenangan~~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua…

Hari ni baru berpeluang untuk update blog setelah beberapa hari ni sedih di atas ‘pemergian’ kucing peliharaan saya yg amat2 tersayang. Mula pelihara Boboi ketuika usianya dah 3 bulan x silap saya. Ambil dari rakan saya (Mira) sebab mmg berkenan sangat2 dengan die ni. Kalau nak tahu, nama mula2 kucing tersebut ialah Ola (Nama ni Mira yg kasi), bila dah jadi hak milik saya, tukar nama die as Boboyboi, last sekali jadi Boboi sbb senang nak panggil. Nama Boboyboi tu my hubby yg kasi, die laky g terover nak namakan kucing tu. J

Mula2 ambil Boboi nk pisahkan dari ibunya and adik beradik2nya, saya betul2 sebak. Menitis air mata ni masa nk bawak Boboi balik ke rumah saya. Yela, mana lah x sebak kan. Lagipun die kecik lagi time tu around 3 months kot. Masa Boboi dh mula menetap di rumah family saya, dia duk ralit (leka) dapat main2 dengan benang/tali n bola kertas yg kecil. Selepas Boboi penat main, die mula perasan die di tempat lain, die mule meaw2 panggil ibu and adik2 yg lain. Huhuhu. Time rasa bersalah sangat sbb mcm saje nk pisahkan dengan family die kan. Tapi bila dh lama2 tu Boboi dh mula ok.

Boboi pandai jaga diri die sendiri, wat hal sendiri. J Sejak kehadirannya dalam hidup saya, saya benar2 happy sebab suke sangat tengok aksi2 die yg mcm2 ragam time nk makan, main, tidur dan lain2 lah..  Saya bela kucing sebab saya rasa sunyi kerana belum dikurniakan zuriat lagi since dh setahun kahwin. Sebab tu saya rasa sangat2 happy melihat aksi2 die, dn melihat die semakin membesar. Suke sangat main2 dengan die. Kalau diajak tidur sekali dengan saya, die elok je tidur sama2. And kalau nak tahu, Boboi ni kuat makan & tidur. Lepas makan je mesti tidur. Macam perangai baby juga kan walau die hanyalah seekor binatang. J

Banyak nak cerita pasai Boboi tapi hati ni rasa sebak sangat kerana terbayang2kannya. Boboi ‘pergi’ meninggalkan saya pada 26 Januari 2012 bersamaan 02 Rabiulawwal 1433H. Boboi dapat hidup di dunia ni dalam 8 atau 9 bulan x silap saya. Boboi mati disebabkan sakit. Dah pernah bawak die ke clinic haiwan sebelum ni tapi time tu die alami sakit mcm kurap, gatal2, ade kutu, lpas tu bibir die pecah2 mcm ulser mulut tu sebab cuaca panas. lepas bawak g cucuk kt clinic haiwan, Boboi ok je sihat and aktif mcm biase. Sakit die xde la teruk sangat.

Selepas seminggu kene cucuk tu, dan dalam lepas die kene cucuk tu, die manja sangat dengan saya. Boboi sejak semakin besar, jarang tidur dengan saya, lately ni saya tergerajk hati nak ajak die tidur dengan saya, die pun ok je. Sweet sangat2 Boboi. 4 hari lepas rasanya die x sihat balik. Mmg x perasan die x sihat. Time cuti raya cina, bru nmpk die mcm sakit (mcm demam), arghhhh saya x mampu nak menulis lagi tentang Boboi. Terlalu sedih sangat2 ketika menaip entry ni. Mungkin dah ajal die. Tapi saya terkilan sebabb saya x dapat jumpe Boboi wat kali terakhir. Sume rahsiakan daripada saya bobi dah ‘pergi’.

Saya tahu Boboi dah xde lagi pun semasa lepas pulang dari kerja. Saya cari Boboi, panggil die. Saya dh x sedap hati, saya pergi pula ke rumah mak saya, cari mak, fatihah n kakcik, rupenye diorg menyorok sbb dh tau mesti saya cari mereka. Yg ade time tu ialah adik laki saya. Saya Tanya mana Boboi, adik laki saya cakap Boboi dah mati. Saya terus terduduk kt katil, menangis sepuas2nya. Bila dengar saya menangis teruk mcm tu, mak, fatihah n kak cik bru munculkan diri. Mak tenangkan saya.

Ya Allah…Saya x tau kenapa saya sedih sangat2 dengan kehilangan Boboi..Saya sedih sbb saya terlalu sayangkannya. Die lah pengubat sepi saya, penghibur saya. Mak siap bg saya minum air masak yg telah dibaca selawat nabi, and sapu air kt muka saya sbb saya x berhenti2 menangis. Saya benar2 terkejut dengan pemergian Boboi. saya berat hati nk g keje pagi khamis tu sbb saya nk bawak g clinic. Saya rasa mcm bersalah sangat2. Tapi saya muhasabah diri semula, dah ajal die. Setiap yg hidup pasti akan pergi jua kepadaNYA.

Salahke saya mengalirkan air mata untuknya??Saya masih tahu batas2nya, tidaklah sampai terlalu meratap pemergiannya. Susah nk digambarkan mcm mana perasaan ini..X kisahla Boboi ni haiwan tapi die juge punyai perasaan mcm manusia. Pandai merajuk, faham ape yg tuan die cakap..Saya x lena tidur malam tadi kerana teringatkannya..Saya x sanggup lihat org2 yg saya sayang pergi dahulu meninggalkan saya, klu boleh biarlah saya dulu yg pergi. Saya redha dengan pemergian Boboi..

“Boboi…..Mama sayang sangat2 kat Boboi..Maafkan segala salah dan silap mama sepanjang Boboi hidup dengan mama ya..Semoga Boboi aman dan tenang di dunia sana..Doakan yang baik2 untuk mama ye..Mama akan kenang Boboi sampai akhir hayat mama…Maafkan mama sebab x sempat nk lihat wajah Boboi dan mama x sempat nk bawak Boboi ke klinik.. Maafkan mamaaaaa… :’-( love you so much!! Mama tahu mungkin ade himah di sebalik kejadian ini..Mama relakan Boboi ‘pergi’…”

16 January 2012

Char Keaw Teaw Penang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua........ ;p


Semalam (ISNIN) Mawar ambil cuti rehat sebabnya ada banyak urusan yang perlu disettlekan. Jadi, nak dijadikan cerita, sebelum keluar menyettlekan urusan2 penting di luar, Mawar pun sediakanlah breakfast dengan memasak menu ni. Hehehehe. Pepagi dah makan char keaw teaw. Orang selalu makan menu ni time petang2 ke, malam ke baru syok kan. Ngeeee~~~


Ape2 je lah kan.. Kalau dh teringin sangat nak masak belah pagi, jadikan juga. :) Asalnya nak masak menu ni pada hari Sabtu atau Ahad tadi , akan tetapi disebabkan penyakit "M" datang, maka tak terbuat2 lah menu ni. Huhuhuhu. Penyakit "M" datang sebabya ada penyakit/mood Membaca Novel yang datang. Kekekeke. Kalau dah dapat layan baca novel, mmg "M" la nak ke dapur. ;p


Oh ya x habis lagi ni nk cerita pasal menu Char Keaw Teaw ni. Al kisahnya begini, mawar x tau share resepi ni mcm mana kt semua.. Uwaaaa :( Dapat masak menu ni pun sebab ada member pejabat bagi "kicap khas char keaw teaw" kat mawar untuk mawar cuba masakan menu ni. Kicap ni datang jauh dari Pulau Pinang. :) Mak member mawar punya resepi kicap tu. Memang sedap juga la. Dalam 1 hari, Mawar masak 7 pinggan char keaw teaw. Hahahaha. Sebab nk bagi suami, mak, ayah, opah and adik2 rasa. :)


Insyaallah lepas ni nak belajar pulak mcm mana nk buat kicap untuk char keaw teaw tu. Nanti boleh update resepi dalam entry ni. Jadi, secara kesimpulannya, Mawar dapat tunjukkan gambar hasil masakan tersebutlah ye. Heheehehe.. Lagi best kalau menu ni dapat dimakan bersama sambal kicap yg pedas tuuu... Perggghhhhh. Tapi tu la, bila dah malas, sambal kicap tu tank dibuat laa....



08 January 2012

Asam Pedas Muar

Assalamualaikum & Selamat Tengahari wahai semua rakan2 blog sekalian. Semoga hari Isnin ni, membuatkan anda ceria2 ye. :-)


Sabtu lepas menu yg mawar sediakan ialah Asam Pedas Muar. Alhamdulillah, menjadi.. hikhikhik ;p Mawar tengok resepi dalam Majalah Mingguan Wanita (Resepi yg datang dari Johor). MAnalah x tergugat nafsu makan ni bila nmpak asam pedas kan. Mmg menggiurkan je. Dari beli kt kedai better try masak kt rumah. Lagipun resepi dh tersedia ada. Cuma tinggal nk cari bahan2nya je. :)


Pagi Sabtu tu, mawar mintak tolong suami yg pergi ke pasar cari bahan2 nk masak asam pedas ni. Nak jugak ikan pari, tapi xde..Susahnya nk cari ikan pari. Lastly, En. Husband belikan ikan tenggiri. Ikan tenggiri pun ikan tenggirilah kan...kekekekeke. lagipun dalam resepi tu die kata boleh guna ikan tenggiri atau ikan pari.


Sedap sangat dimakan dengan nasi yg masih panas2 lagi tau. Mawar x makan ikan tenggir tu. Makan ambil kuahnya ja buh kat nasi banjir2 makan ngn ikan masin. Bertambah2 makannya. Hehehehhe.. Resepinya nanti mawar update. Kite layan dulu gambonye ye. Asam pedas ni tercair sikit, sbb terlajak buh air byk. Hahahaha..
                                                              
Asam Pedas Muar
Sumber : Majalah Mingguan Wanita (Hidangan Popular Johor)

Bahan-Bahan :
1 ekor ikan tengiiri atau pari
10 biji bawang putih - Dihiris (Bawang putih mawar kurangkan sbb x suke bwg putih byk2)
5 biji bawang merah - Dihiris
1/2 inci belacan
3 biji kunyit hidup
300 gm cili kering dikisar
1/2 mangkuk asam jawa
Sedikit daun kesum
Sedikit sayur bendi

Cara-Caranya:
1. Tumis hirisan bawang putih & bawang merah sampai naik bau. kemudian, masukkan bahan2 kisar dan cili kering kisar lalu kacau sampai naik minyak.
2. Setelah itu, masukkan air asam jawa dan kacau lagi seketika. kemudian, tambahkan satu jag air.
3. Setelah mendidih, masukkan daun kesum, garam secukupnya.
4. Akhir sekali, masukkan ikan dan bendi.

04 January 2012

Slot Akasia Gemersik Kalbu


















HAri ni saja nak santai2 cerita pasal drama Gemersik Kalbu di TV3. Selepas tamat Tentang Dhia, aku mula tertarik dengan drama akasia Tv3 ni. Best sangat. Sweet je kan! :) 


Seronok juga kalau novel2 melayu didramakan dalam TV. Actually, novel yg seperti di atas tu, aku dh pernah baca tapi aku lupa jalan cerita dan endingnya. Huhuhu. Aku ni cepat benar lupa. Maklumla benda tu dh lama kan.


Dengar je ada drama yg diterbitkan hasil adaptasi novel ni, aku pun tercari2 kembali novel ni sbb nak baca balik ceritanya. Kekekeke.. So, skang dah jumpa dah, baca kisah novel tu secara online je. Langkau2 je baca sebab nk ingatkan kembali ceritanya. Hahahahaha~~~~


Suke sangat watak Wan Ariffin yg sweet tu kan.. :) Ade je perkataan2 sweet yg digunakannya contohnya macam CANADA, HOLLAND, ape tah lagi..Bila dh mula tgk bab2 drama mcm ni, mula lah x nak ketinggalan episodnya kan. Hahahahaha~~~ Alah, kalau terlepas pun, Tonton.com.my kan ade... ;p


Ok lah, sampai disini sahaja coretanku pada hari ini.. Saja nk share pasal drama Gemersik Kalbu ni.. ;-)Lambatnya time lunch ye.. Perutku dh mula berkeroncong ni. Huhuhuhu....

03 January 2012

Lagi2 Apam Polkadot :)

Selamat pagi semua :-) Hari ni di pejabat sunyi sangat2.. Ramai yg ambil cuti sebab anak2 mula kembali ke sekolah. Jadi, disebabkan kesunyian di pejabat, maka saya curi2 masa yg ada skejap untuk update blog lagi.. Ngeeeee~~~


Kali ni saya share resepi apam polkadot. Saya suka cuba buat apam ni sampai berjaya sebab comel je apam yg ade corak2 ni. Berkali2 saya gagal & x puas hati dengan hasil apam yg saya buat namun saya x patah semangat. Mak saya pula sampai dah give up. Kekekekeke ;p


Baru2 ni saya ada g belajar buat apam dengan sorang akak ni. Saya suka dengan apam yg beliau buat, sangat gebu dan lembut. Jadi saya g rumah dia belajar teknik yg betul. Perghhhh.. Cayalah.. MMg menjadik n gebu betul la.


Buat apam ni mmg leceh sikit sbb amik masa, tambah klu buat sorg2 kan. Tapi disebabkan minat, saya gagahi jua. Cewahhhh! :-) Kat bawah ni hasil apam yg saya dan kawan2 belajar di rumah beliau. Jom kite saksikan hasilnya ya. Tapi maaflah sbb ade byk lobang. TErlupa nk kacau adunan tu sebelum masukkan dalam piping dan plastik. Hahahahaha. 
Ok tak? Cun Tak? Hehehehe. Baiklah, sekarang ni saya nak share resepi apam yg saya ambil dari blog akak berkenaan :) Ciplak resepi beliau sejibik sejibik ye..

Apam Polka Dot
Sumber : Kak Hana
Olahan : Koalajepong
 


Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - biasa saya guna filling coklat cip, blueberry, strawberry
Pewarna
1/2 sudu kecil esen vanila - saya tambah
1/2 sudu kecil esen ros - saya tambah

Cara-cara
-Pukul telur dan gula hingga kembang dengan kelajuan maxima.
-Kemudian masukkan esen vanila dan esen ros. Pukul sekejap.
-Masukkan ovallete dan pukul hingga sebati.
-Tepung gandum diayak dgn baking powder. Masukkan tepung yg diayak secara bergilir dgn susu segar ke dalam adunan sehingga habis.
-Pukul sehingga adunan sebati.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
-Picitkan blueberry filling (pape filling yg menjadi pilihan)secukupnya.
-Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan atau corak seperti ladybird, lebah atau sebarang corak mengikut kreativiti masing2.
-Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.

NOTE dr Hana :
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

NOTE dr Koalajepong :
Penutup kukusan diikat dgn kain bersih bagi mengelakkan titisan air masuk ke dalam loyang pengukus.
Makin lama dipukul, apam makin gebu

**Gambar dibawah ni hasil yg mawar buat selepas belajar dari akak berkenaan.. :) Colornya x pekat sebab saje suke2 x mo buh pekat2. 


02 January 2012

Ikan Siakap 3 Rasa

Baru2 ni ade beli majalah Mingguan Wanita, belek punye belek ade resepi ikan siakap ni. Kecur liur dibuatnya. So, hari Sabtu lepas En. Husband pun g beli ikan siakap sbb dh lama benar x makan ikan besaq2. Hahahaha.

Nanti saya update resepi ikan siakap ni ye. Tapi saya x ikut sgt majalah tu, sbbnya ade bahan yg saya x suke saya x buh. Ape2 pun rasa 3 rasa tu mmg ade le.. En. Husband suka. Dia makan banyak. Ngeeeee~~~~~ X cukup sekor kene beli lebih lepas ni. Tambah kalau dapat meratah kan...

Ni lah hasilnya ikan siakap yg saya masak weekend tadi. Jom kite layan gambonye je ye.. Kikikiki ;p
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Sumber : Majalah Mingguan Wanita


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 keping nenas - mawar x letak pun
8 tangkai cili padi - dihiris
1 biji tomato - dipotong dadu
Sos cili
1 sudu cili boh - mawar x letak sebab xde..hehehehe ;p
1 sudu sambal belacan - mawar x letak pun
2 sudu sos tiram
1/2 sudu air limau nipis
1 sudu sos tomyam - mawar x letak
Garam, gula secukup rasa


Cara-cara :
-Goreng garing ikan siakap, lalu diketepikan bila dh masak
-Panaskan 1/2 senduk minyak di dlm periuk & masukkan bahan2 dipotong dadu
-Apabila sudah naik bau, masukkan sos cili, cili boh, sos tiramair limau nipis, garam, dan gula secukup rasa
-Biarkan masak 10 minit
-Kuah telah siap tuangkan di atas ikan yg telah digoreng garing sebelum ini.

Tomyam Ayam

Ahad lepas mawar masak tomyam ayam dan ikan siakap 3 rasa. Masak tomyam ni mmg kegemaran mawar sebabnya senang je kan...Hehehehe. Campak2 je gitu. Cewah! Hari ni baru lah sibuk nak post resepi tomyam ni. Tomyam kalau dimakan dengan telur dadar, perghhh mmg licin la & bertambah2 nasinya. ;p




Tomyam Ayam
Sumber : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • pes tom yam (mawar guna pes tomyam yg packet punye)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya) - mawar ganti dengan asam keping
  • garam 
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato, carrot)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, asam keping dan garam secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan smpai masak / lembut. Matikan api.
  6. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.
Resepi2 yg mawar bagi ni mawar copy & paste je mana yg lebih kurang resepi mcm mawar guna kan. Sebabnya bila nk taip balik, ingat2 lupa resepinya. Lagi satu mawar x reti la nak bgtau sukatan2nya. Hahahaha. Ikut dan & agak2 je bila masak kt rumah. Resepi2 yg mcm ni xpe la kan main agak2, tapi kalau mcm kek ke, yg manis2 x leh la main ikut suke.. Ngeeee~~~ Nanti x sedap pula.


Adeh perut rasa lapar pula time tengah update resepi tom yam ni.. Kecur liur dibuatnya. Makan panas2 sedap tuuu.. Saya pantang klu nampak tomyam ni, laju je bedal. ;p Selamat mencuba ye!!

Puding Roti Marble

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua.. :-) Dah lama juga saya x update blog ni. Sebabnya mcm biasalah, mood x rajin nk update. Ngeeee~~~ Actually dh lama mawar nak mencuba buat puding. Jenuh mencari puding ape yg best. Cari2 punya cari, jumpala resepi puding roti ni kan. Mcm best & senang je. So, ahad lepas mawar pun cuba la. Alhamdulillah menjadi :p

Mawar suka bab masak2 kek, apam, puding2 ni. Tapi mawar x makan pun. Adik2 suka la makan. So, disebabkan ade yg suke makan manis2 ni, mood nak memasak benda2 mcm ni datang kembali. Hehehehe. Jom kite layan resepi puding roti marble ni. Sumber resepi ni mawar x ingat ambil kat blog sape. X ingat la pulak. huhuhuhu.

Puding Roti Marble

Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair (Mawar guna susu segar sbb kt rumah susu cair xde...hehehehe)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air 
2 sudu besar serbuk koko (Mawar guna serbuk milo)

 

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk milo. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!

Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...