♥♥SOALAN DAN JAWAPAN TERBAIK♥♥
KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk..Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”
APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”
AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Aku suka dengan hikmah mutiara atau kata2 nasihat seperti di atas. Ujian bagiku adalah “belum ada rezeki” untuk ada zuriat. Namun Aku masih bersabar menanti kurniaan dari Ilahi untuk menerima zuriat dalam rahimku sendiri. Siapalah yg x mahukan zuriat. Bagi semua pasangan yg telah berkahwin pasti ternanti2 untuk menimang cahaya mata. Hati manalah x cemburu melihat rakan2 yg cepat atau mudah untuk hamil.
Tatkala Aku dilanda cemburu, sedih, Aku cepat2 muhasabah diri, ada lagi insan lain yg bertahun2 berkahwin (5 tahun ke atas) baru punyai zuriat. Apa2 pun semuanya kurniaan dari Allah s.w.t. Aku bersyukur kerana aku insan yg dipilih Allah untuk diuji. Dengan ujian seperti ini, kesabaran dan kecekalan aku bertambah kuat.
Aku tumpang gembira kepada rakan2 yg telah punyai zuriat. Tapi adekah mereka faham perasaan aku pula? Aku selalu mendengar mereka bercerita hal2 hamil, hal anak2, hal melahirkan anak dengan baik sekali tapi tidakkah mereka sedar di dalam hatiku ini aku terlalu sedih, namun ku pendamkan rasa itu.
Biarlah apa pun org nak kata, Tanya itu ini ke.. Yang penting anugerah yg sangat2 ternilai dalam pasangan yg berkahwin tu adalah datangnya dari kurniaan Allah s.w.t. Ujian seperti ini mematangkan lagi diriku terutama soal perasaan dan kesabaran. Kadang2 aku juga tersasar jauh terlalu beremosi dan stress, namun cepat2 aku beristighfar dalam hati. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa mempertahankan kecekalan aku menghadapi ujian2 dari-MU.