Pages

06 December 2011

Ikan Talapia Masak Masam Manis Versiku Sendiri :-)

Bahan-Bahan :-
-2 ekor ikan talapia 
-Serbuk kunyit
-Garam
-Daun limau purut (dihiris halus)
-Bawang besar (untuk hiasan)
-4 ulas bawang merah (diblender)
-2 ulas bawang putih (diblender)
-Serai (diblender)
-Sos tiram, Sos tomato, Sos Cili
-Cili kering yg diblender
-Sebiji tomato (dipotong kecil atau dadu)
-Sedikit gula
-Air asam jawa


Cara-Caranya:-
Mula-mula goreng ikan talapia tu sampai garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
Tumiskan bawang dan serai yg diblender hingga naik bau. Masukkan pula cili kering yg telah diblender.
Kemudian, diikuti pula sos tiram, tomato & cili. Masukkan garam secukup rasa & gula sedikit, kemudian air asam jawa sikit.
Selepas tu masukkan ikan yg dah digoreng tu gaul bg sebati. Last sekali taburkan hirisan bawang besar dan hirisan daun limau purut.


*kalau nk lagi sedap, boleh buh nenas, cili benggala hijau dipotong dadu. 
Barulah nampak meriah kan..hehehhehe..ni pon masak ikut suke n masak ikut ape yg ade bahan2
di dapur...kikikiki...
Maaflah ye, gambo2nye nampak comot sebab snap picture masa makanan ni tengah duk dalam kuali lagi. Ngeeee~~~


* Oh ya, kalau xnak potong ikan ni pon xpe, lagi ok.. Macam kt kedai makan kan masak sekor besaq tuu.. Goreng kasi garing2, lpas tu tuangkan kuah atau sambal ikan tu.. Sedaaapppp...Kalau nak bg wangi, buh daun sup pon ok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...