Pages

03 January 2012

Lagi2 Apam Polkadot :)

Selamat pagi semua :-) Hari ni di pejabat sunyi sangat2.. Ramai yg ambil cuti sebab anak2 mula kembali ke sekolah. Jadi, disebabkan kesunyian di pejabat, maka saya curi2 masa yg ada skejap untuk update blog lagi.. Ngeeeee~~~


Kali ni saya share resepi apam polkadot. Saya suka cuba buat apam ni sampai berjaya sebab comel je apam yg ade corak2 ni. Berkali2 saya gagal & x puas hati dengan hasil apam yg saya buat namun saya x patah semangat. Mak saya pula sampai dah give up. Kekekekeke ;p


Baru2 ni saya ada g belajar buat apam dengan sorang akak ni. Saya suka dengan apam yg beliau buat, sangat gebu dan lembut. Jadi saya g rumah dia belajar teknik yg betul. Perghhhh.. Cayalah.. MMg menjadik n gebu betul la.


Buat apam ni mmg leceh sikit sbb amik masa, tambah klu buat sorg2 kan. Tapi disebabkan minat, saya gagahi jua. Cewahhhh! :-) Kat bawah ni hasil apam yg saya dan kawan2 belajar di rumah beliau. Jom kite saksikan hasilnya ya. Tapi maaflah sbb ade byk lobang. TErlupa nk kacau adunan tu sebelum masukkan dalam piping dan plastik. Hahahahaha. 
Ok tak? Cun Tak? Hehehehe. Baiklah, sekarang ni saya nak share resepi apam yg saya ambil dari blog akak berkenaan :) Ciplak resepi beliau sejibik sejibik ye..

Apam Polka Dot
Sumber : Kak Hana
Olahan : Koalajepong
 


Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - hana kurangkan
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - biasa saya guna filling coklat cip, blueberry, strawberry
Pewarna
1/2 sudu kecil esen vanila - saya tambah
1/2 sudu kecil esen ros - saya tambah

Cara-cara
-Pukul telur dan gula hingga kembang dengan kelajuan maxima.
-Kemudian masukkan esen vanila dan esen ros. Pukul sekejap.
-Masukkan ovallete dan pukul hingga sebati.
-Tepung gandum diayak dgn baking powder. Masukkan tepung yg diayak secara bergilir dgn susu segar ke dalam adunan sehingga habis.
-Pukul sehingga adunan sebati.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
-Picitkan blueberry filling (pape filling yg menjadi pilihan)secukupnya.
-Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan atau corak seperti ladybird, lebah atau sebarang corak mengikut kreativiti masing2.
-Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.

NOTE dr Hana :
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

NOTE dr Koalajepong :
Penutup kukusan diikat dgn kain bersih bagi mengelakkan titisan air masuk ke dalam loyang pengukus.
Makin lama dipukul, apam makin gebu

**Gambar dibawah ni hasil yg mawar buat selepas belajar dari akak berkenaan.. :) Colornya x pekat sebab saje suke2 x mo buh pekat2. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...