Pages

02 January 2012

Tomyam Ayam

Ahad lepas mawar masak tomyam ayam dan ikan siakap 3 rasa. Masak tomyam ni mmg kegemaran mawar sebabnya senang je kan...Hehehehe. Campak2 je gitu. Cewah! Hari ni baru lah sibuk nak post resepi tomyam ni. Tomyam kalau dimakan dengan telur dadar, perghhh mmg licin la & bertambah2 nasinya. ;p




Tomyam Ayam
Sumber : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • pes tom yam (mawar guna pes tomyam yg packet punye)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya) - mawar ganti dengan asam keping
  • garam 
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato, carrot)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, asam keping dan garam secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan smpai masak / lembut. Matikan api.
  6. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.
Resepi2 yg mawar bagi ni mawar copy & paste je mana yg lebih kurang resepi mcm mawar guna kan. Sebabnya bila nk taip balik, ingat2 lupa resepinya. Lagi satu mawar x reti la nak bgtau sukatan2nya. Hahahaha. Ikut dan & agak2 je bila masak kt rumah. Resepi2 yg mcm ni xpe la kan main agak2, tapi kalau mcm kek ke, yg manis2 x leh la main ikut suke.. Ngeeee~~~ Nanti x sedap pula.


Adeh perut rasa lapar pula time tengah update resepi tom yam ni.. Kecur liur dibuatnya. Makan panas2 sedap tuuu.. Saya pantang klu nampak tomyam ni, laju je bedal. ;p Selamat mencuba ye!!

Puding Roti Marble

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua.. :-) Dah lama juga saya x update blog ni. Sebabnya mcm biasalah, mood x rajin nk update. Ngeeee~~~ Actually dh lama mawar nak mencuba buat puding. Jenuh mencari puding ape yg best. Cari2 punya cari, jumpala resepi puding roti ni kan. Mcm best & senang je. So, ahad lepas mawar pun cuba la. Alhamdulillah menjadi :p

Mawar suka bab masak2 kek, apam, puding2 ni. Tapi mawar x makan pun. Adik2 suka la makan. So, disebabkan ade yg suke makan manis2 ni, mood nak memasak benda2 mcm ni datang kembali. Hehehehe. Jom kite layan resepi puding roti marble ni. Sumber resepi ni mawar x ingat ambil kat blog sape. X ingat la pulak. huhuhuhu.

Puding Roti Marble

Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair (Mawar guna susu segar sbb kt rumah susu cair xde...hehehehe)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air 
2 sudu besar serbuk koko (Mawar guna serbuk milo)

 

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk milo. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!

Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



30 December 2011

Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta

Indah Dewi Pertiwi – Di Atas Satu Cinta

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ’kan ku bangun
di atas satu cinta
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Sekarang ni saya suka sangat dengar lagu ni berulang2 kali...Ni semua gara2 penangan drama Tentang Dhia.. :)

28 December 2011

Sambal Tempe

Sambal tempe ni merupakan salah satu kegemaran saya. Dulu2, memang x reti makan tempe. Tapi bila mak masak saya tempe ni bersambal, sedap la pulak. Kalau tempe masak lemak atau berkuah saya x berapa gemar. Macam rasa pelik rasanya. Kekekeke.. Cerewet je kalau bab makan2 ni.

Siapa orang Jawa kalau x reti makan tempe buat malu kaum je.. Heheehehe.. Gurau2 je.. ;p Sekarang ni saya akan persembahkan hasil masakan yg x seberapa ni ye. Mari kite layankan resepinye. Simple je ok.. Semua wanita atau para isteri pandai masak resepi ni :-)























Sambal Tempe Goreng
Sumber : Dunia MasakanKU

Bahan-bahan (3 atau 4 orang makan) :-
-5 keping tempe
-1 biji kentang
-Segenggam ikan bilis kecil {tumbuk}
-Segenggam sohun
-Sayur pucuk 
-4/5 sudu besar cili kering yg telah diblender
-2 biji bawang besar {tumbuk}
-2 ulas bawang putih {tumbuk}
-Seinci belacan {tumbuk}
-Air asam jawa
-Garam
-Gula

Cara-caranya :-
1. Potong nipis2 tempe dan kentang. Panaskan minyak, goreng garing2 kemudian ketepikan.
2. Tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk hingga naik bau, kemudian masukkan cili yg diblender.
3. Masukkan garam dan gula.. Kacau bagi sebati. Kemudian masukkan asam jawa. 
4. Akhir sekali masukkan bahan yg telah digorengtadi bersama sohun dan sayur pucuk tu. Kacau sampai kering.

Sedapnye dapat dimakan dgn nasi yg masih panas lagi. Saya tambah sayur kubis. 
Sedaaappp.. Ratah gitu je pun sedap. :)

25 December 2011

Sayur Campur Masak Sos

Antara banyak2 sayur, sayur campur masak sos la yang saya suka. Saya ni x berapa sangat nak makan sayur2an. Kekekeke.. Meh kite layan resepi sayur campuran masak sos ni ya. 



Sayur Campur Masak Sos
Sumber : Dunia MasakanKU


Bahan-Bahan :-
-Kacang panjang
-Bunga kubis
-Lobak
-Cendawan
-Sos Tomato/ Sos Cili
-Sos tiram
-Bawang merah dan Bawang putih
-Garam


Cara-Caranya :-
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian, tumiskan bahan yg telah ditumbuk tadi hingga naik bau.
2. Masukkan pula sos tomato dan sos tiram. Kalau pekat, boleh tambah air sedikit.
3. Masukkan sayur2 yg telah dipotong2. 
4. Masukkan garam secukup rasa.



Ikan Keli Bakar

Baru2 ni teringin sangat nak mamam ikan keli bakar. Da bosan asyik wat masak bersambal je kan.hikhikhik ;p Tapi masak gulai lemak cili padi pon sodaapppp... Memandangkan malas& teringin yang dibakar2,maka ikan keli tu saya bakar. Memang sedap kalau ikan jenis bakar2 ni, lpas u dapat lak dicicah dengan air asam. Memang power habis laaaaa... huhuhuhu..


Resepi ikan keli bakar ni saya buat simple2 je..X tengok mana2 resepi pon.. Main belasah je.. Jom kita layan resepi ikan keli bakar saya yg x seberapa hebat ni.... ;p


**Saya bakar ikan ni atas dapur je sbb malas punya pasal nk bakar atas bara api.. kekekekke ;p Tapi paling best n paling sedap bila betul2 bakar atasbara api laa... Baru terlebih syioknye masa makannya nanti.. Depends pada memasing punya kerajinan la ye...huhuhu


Ikan Keli Bakar
Sumber : Dunia MasakanKU


Bahan-Bahannya :-
Ikan keli, Bawang merah, bawang putih, lada hitam, serbuk kari, serbuk kunyit, garam, daun pisang.


Cara-caranya :-
Bawang merah, bawang putih, dan lada hitam perlulah ditumbuk terlebih dahulu untuk diperap bersama ikan keli yg telah dibersihkan. Selepas tu lumurkan bahan yg telah siap ditumbuk pada ikan keli bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan garam secukup rasa. Perapkan selama 15min atau 30min.  Kemudian ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak masak atas permukaan daun tersebut agar ikan tadi tidak melekat. Lepas tu masakla atas api dapur ya... :)


Hehehehehe...Ni la rupenye hasil ikan keli yg dibakar atas api dapur ye puan2 sekalian.. Air asam terlupa pula nk snap gambonye. Xpe la, rasanya semua tau buat air asam kan. ;)


Itu je lah kot yg nak ditulis. Xde idea sangat pun nak cerita ape2 yg best. Huhuhuhu. Selamat mencuba ya ;p

Apam Dot-Dot

Assalamualaikum buat kawan2 blog sekalian..Hari ni nak tunjuk gambo apam dot-dot yang mawar & mak mawar buat bersama. Huhuhu. Dah banyak kali kami buat apam berkenaan tapi masih hampeh dan x puas hati sebab x berapa jadi & x naik apamnya. Adala dalam 5x try. Hahahaha.


Jumaat lepas kami buat lagi dari pagi sampai ke petang. Sampai dh tahap give up giler. Yang tahap give up tu mak saya la. Kikiki ;p..Saya masih bersemangat nk terus cuba smpai la betul2 jadi cantik dan gebu seperti apam yg kak ina buat. Ni blog die Koalajepung a.k.a Kak Ina. Ce korang tengok apam yg die buat. Cun giler r. Entah bile nk g belajar ngn die wat apam ni. huhuhu..


Nak dijadikan cerita, dh tengahari jumaat tu, semasa keluarkan apam dari bekas pengukus apam tu jadi naik..dot2nye boleh la jadi le juga tp xde la nampak rupe dot2 pon..hahahahha..dalam ok gebu, tp lupa yg snap gambo isi dalam apam tu. Nak tgk x ruep apam yg mawar & mak buat?Malunye nk tunjuk..Tapi mana yg kami buat sebelum ni xnak la tunjuk sbb buruk benor..hahahahha...


Ikut resepi & petua yg orang bagi pon x jadi2. Lastly, kami nk bg apam ni naik bolat menggunung mcm tu, kami x buh ovellete pon. Hah, amik kau, naik pon.. :) Rasa mmg ok, cuma corak dot2 x bape jadi sbb cair kot bancuhannya. ;p


Apam ni ade lobang2 sbb terlajak buh baking powder. Resepinya pula nnti la update..Ngeeee~~~~


Sila bg komen ya sape yg melawat kt blog ni.Hehehehe....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...