Pages

15 November 2011

Mee Goreng

Mee Goreng

Bahan-bahan :-

- Sebungkus mee kuning
- 6 ulas bawang merah { ditumbuk }
- 2 ulas bawang putih { ditumbuk }
- Sayur sawi
- Cili kering yg telah diblender
- Kicap mee
- Sos cili
- Sos tiram
- Fishcake
- Ayam { dipotong kecil }
- 3 cawan air panas
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
- Cili besar merah { untuk hiasan }

Cara-caranya :-

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk hingga naik bau. Bila dh nampak mcm kuning2, masukkan cili kering yg telah diblender dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili, sostiram dan kicap mee serta digaul rata atau sebati.
3. Kemudian masukkan fishcake dan ayam dan biarkan sampai masak dagingnya.
4. Masukkan pula sayur sawi dan biarkan seketika.
5. Masukkan telur. Gaulkan rata. Kemudian barulah masukkan mee kuning. Sekiranya ingin nampak mcm basah2 sikit boleh lah letakkan 3 cawan air panas.
6. Last sekali hiaskan dengan hirisan cili besar merah. ** nak tambah daun sup pon boleh juga. Ikut pada kreativiti masing2. :)

Saya masak mee ni masa cuti weekend tadi. Teringin pula nak makan mee time petang2. Alhamdulillah jadi macam mak masak. Adik2 pon suka. Tengah panas2 memang sedap untuk dimakan ditambah pula dengan perahan limau kasturi. Akhir2 ni terajin pula nak masak. Selalunya ikut mood. Ngeee~~~~

Banyak juga blog2 masakan yg saya jenguk mencari resepi2 yg mudah. Macam2 resepi ada. Rajin betul  mereka memasak. Banyak lagi nk belajar. Belajar dengan mak la best sebabnya air tangan mak ni selalunya mmg rasa sedap walau masak simple pon rasa sedap.

Saya kalau nk masak, memilih juga. Selalunya masak makanan yg saya minat je. tapi mak kata mana boleh mcm tu, kene la belajar lebih lagi menu. Insyaallah. Dalam usaha untuk perbaiki mutu masakanku. :p

2 comments:

  1. mawar...congrate...dah ada blog masakan...nt kena la rajin2 update k..jgn jdk mcm akak...cam chipsmore je manjang...hahhaha

    ReplyDelete
  2. most welcome... :-) tu la..nk update tu yg jenuh tu..klu jd suri rumah tangga boleh lah selalu update...huhuhuhuhu...insyaallah...nak majukan diri dalam hal masak memasak nie... ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...